Monday, July 26, 2010

Punca-punca remaja merokok

Punca-punca remaja merokok.

Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok menyebabkan pelbagai usaha dijalankan untuk membendung gejala negatif ini daripada terus mempengaruhi para remaja. Kebanyakan remaja terutamanya pelajar sekolah mengakui bahawa mereka merokok lantaran pengaruh daripada rakan sebaya. Sikap terikut-ikut dengan tabiat tidak sihat ini seterusnya akan menghanyutkan mereka sehingga merasakan bahawa merokok itu bukanlah sesuatu yang buruk atau menyalahi etika hidup.

Tidak kurang juga yang secara jujur mengakui bahawa rasa bosan dengan beban tugas sebagai pelajar telah mendorong mereka menghisap rokok. Jika alasan ini dikaji, ternyata kebanyakan pelajar ini merupakan mereka yang malas dan ada yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca, dan mengira (3M). Oleh itu, mereka dengan mudah menuding jari kepada pihak lain. Ibu bapa menjadi sasaran untuk dipersalah kerana dikatakan bahawa ibu atau bapa yang merokok akan menyebabkan anak-anak mengikut jejak langkah mereka.

Walaupun kita lihat banyak iklan mahupun kempen tidak merokok dijalankan namun remaja tetap remaja. Naluri ingin tahu yang ada pada mereka acapkali mendorong mereka mencuba sesuatu yang ditegah. Naluri ini jika tidak dikawal akan mengakibatkan rasa ketagihan dan rasa seronok apabila dapat menghisap rokok.

Di Malaysia rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli walaupun hanya sebatang. Keadaan ini menjadikan tabiat merokok semakin berleluasa kerana dengan harga serendah empat puluh sen, pelajar sekolah sudah boleh membeli rokok. Memandangkan longgarnya penguatkuasaan terhadap penjualan rokok, kerajaan mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan supaya masalah remaja merokok dapat diatasi.

Amatlah malang seandainya remaja beranggapan bahawa mereka akan lebih bergaya dan kelihatan lebih dewasa apabila merokok. Alasan ini ternyata salah kerana merokok sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya mengundang ketagihan yang berpanjangan.

Thursday, July 15, 2010

Lama tak tulis dalam blog

Hai lama saya tak tulis dalam blog ni saya nak tulis dah semalam saya pergi beli baju bola saya beli baju bola tiga saya takdo baju bola kakak saya je yang beli lepas tu saya pergi makan mcdolnald lepas tu saya pergi beli belon pooh belon beli satu RM5.00 lepas tu saya beli satu free satu sebab bocok tu dia bagi.

Friday, June 25, 2010

Hari ni tak pergi mana-mana

Hari ni saya tak pergi mana - mana sebab letih mami saya letih kakak saya pun letih tu tak tubik tubiknya pagi pergi ambik kakak saya yang ketiga di tuisyen lepas tu pergi beret dua belas lepas tu balik saya mami dan kakak saya yang ketiga je tubik yang dua orang lagi tak tubik malas nak tubik.

Sunday, June 20, 2010

Kisah buat kad happy father' s day

Sani saya pergi ambik kakak saya yang ketiga di sekolah lepas tu saya pergi beli lauk sup perut dan daging lepas balik papa saya tak balik lagi dari sekolah lepas tu saya dengan kakak ketiga saya buat kad happy father' s day.

Kisah tak pergi sekolah

Hari ni saya tak pergi sekolah mesti esok tak pergi pula sebab saya deman petang kemarin lagi saya deman saya rasa letih dan pening kepala saya tidur pun tak nyeyak saya tidur sokmo bangun banyak kali saya tidur dengan mami saya atas capet lepas pukul 5:00 saya pergi tubik dekat kb mall tapi bukan dalam kb mall tepi setesan esso saya nak beli baju sekolah tu tapi takdok lepas tu saya pergi atak kakak saya yang sulug dan kedua di rumah tuk saya lepas saya pergi hantar kakak saya.Saya pergi beli gopisang dan keropok gorengpisang saya beli RM3 keropok saya beli RM 2 lepas tu saya pergi beli baju sekolah di canggih lepas tu saya makan keropok dan gorenpisang atas kereta lepas tu nak habis dah kakak saya yang kedua message nak keropok dan gorengpisang kan dah nak habis pergi beli gorengpisang pula RM5.

Saturday, June 19, 2010

Pasal sape kenal saya dalam facebook

Hai sape yang kenal saya dalam facebook.Saya kenal kak Maryam dan abang Irda tapi saya kenal banyak_banyak lagilah dan sape yang main game pet society dan nightclub city. Dalam pet society saya ada kawan dalam tu 50 orang ramaikan.

Thursday, June 17, 2010

Pasal kakak balik KL

Hari ni saya pergi ambik kakak saya yang kedua di airport dia baru je balik kuala lumpur lepas tu saya pergi makan di kfc di situ.Dengan sepupu dan makdara.Lepas tu saya nak jumpa kawan kakak saya yang kedua tu yang mami saya belikan dia tu walkman.